Monday, January 18, 2010

hidup tak selalunya indah

kita sering mengharapkan hidup yang indah.. bukan sedikit org yg sebegitu malah boleh dikatakan semua org didunia mahukan keindahan, kebahagiaan dan keharmonian.. ada ker org yang tidak mahu semua itu?? bagi sy org yg sebegitu bukanlah org yg berjiwa normal.. dgn erti kata lain mereng...

tadi mata sy dijamu oleh sebuah pemandangan bagi pendapat saya ia tidah patut berlaku. Semasa perjalan ke sebuah kedai serbaneka, sy terdengar bunyi anak kecil sedang menangis. pilu dan kelu hati sy pabila memandang kelibat anak kecil tersebut. dia terkurap di atas tempat berjalan kaki iaitu ditepi jalan besar yang mana sebahagian tubuhnya berada kearah jalan raya yg sibuk dilalui oleh pemandu2 yg memandu laju.. tanpa sesiapa disitu, tiada kelibat orang tua melainkan hanya dua org anak kecil disitu.. anak kecil kedua pada perkiraan sy mungkin kakak anak kecil tadi dalam umur 3 tahun duduk mencangkung dihadapan adiknya. hanya melihat adiknya menangis . yer laa kecil lagi kakaknya.. mau diangkat mgkin tidak berdaya..

sampai saja sy berdekatan dua anak kecil itu, mata sy melilau mencari kelibat ibu atau ayah anak tersebut. dalam beberapa detik kemudian, muncullah orgnya. seorg lelaki muda dalam umur akhir 20-an.. laki2 ini datang dengan tersengih2.. sy lihat seakan kerang yang sedang busuk.

dalam hati sy terdetik, knapa mereka (ibu bapa) boleh membiarkan anaknya yang berusia kurang dari tiga tahun bermain sendirian dia tepi jln besar.. dimanakah value mereka sebagai org tua?

saya merasakan manusia sekarang sudah tidak mementingkannya.. bayangkan pada zaman kita kecil.. ibu dan bapa kita tak pernah membiarkan bermain2 sendiri diluar rumah.. kalu diluar pon masih sebatas didalam pagar rumah dan pintu pagar rumah dikunci. sekarang dgn kes2 penculikan, kemalangan yg berlaku pada anak2 bukan sedikit jumlahnya.. kejadian yg terjadi akibat kecuaian ibu bapa dalam mengawasi anak2nya..

semoga ini menjadi iktibar buat kita semua. janganlah kita membiarkan buah hati kesayangan kita terluka.

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online